Undian tertinggi dan kedua tertinggi bakal memenangi hadiah yang telah disediakan! Klik sini untuk melihat hadiah. ~Pastikan klik LIKE sekali sahaja pada satu entri~

Makluman

Sebagaimana sedia maklum tarikh tutup telah ditunda sehingga 14 Jun 2011.
Jadi, tarikh untuk pengundian bakal bermula pada 18 Jun 2011 sehingga 2 Julai 2011.
Kenyataan semula bahawa pengundian karya tertinggi dan kedua tertinggi dari pihak pembaca adalah atas usaha anda sendiri mempromosikan tempoh pengundian ini.
Hanya dengan klik LIKE sekali sahaja pada satu karya bagi satu individu.
Kliklah sebanyak mana entri yang anda berkenan.
Sekian, harap maklum.
-Admin-

Friday, June 17, 2011

Bahasa Arab Adalah Bahasa Al-Quran

Peserta Pertama: Zalina binti Hassan @ Zamri
Tema: Bahasa Arab

إِنَّا جَعَلْنَــاهُ قُرْآَنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُـــــونَ
Sesungguhnya Kami telah menjadikan Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kalian memahaminya (QS. Az Zukhruf:3)
Aku merupakan seorang guru akademik di SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR, KETEREH KOTA BHARU KELANTAN. Tahun ini satu tugas baru yang terpaksa disandang oleh aku memandangkan aku guru kelas tingkatan 1 A iaitu guru penyelia KELAS KHAS BAHASA ARAB. Bagaikan satu bebanan yang berat terpikul dipundakku memandang aku langsung tidak memahami BAHASA ARAB. Semua borang-borang dan aktiviti serta segala carta yang perlu ada di dalam kelas perlu dibuat dalam Bahasa Arab.
Mempelajari bahasa Arab bukan sesuatu yang mudah terutama bagi seorang yang tiada asas seperti aku, memandangkan bahasa Arab merupakan bahasa AL-Quran dan bebanan tugas yang perlu diselesaikan, aku cuba gagahi juga untuk mempelajari bahasa yang indah itu. Perkataan pertama yang aku pelajari adala la dan na'am(ustazah mazlini yang ajar) dan hari-hari aku asyik guna perkataan yang sama.
"Cikgu hari ni ada kelas tamabahan tak?" tanya pelajarku.
"La", jawabku ringkas.
Sudahnya ini sahaja yang mampu aku pelajari. Walau bagaimanapun untuk menunjukkan aku juga boleh berbahasa Arab, setiap tutur kata akan ku tambahkan dengan perkataan "al".Sudah semestinya ada bunyi-bunyi Bahasa Arab.
Ini adalah serba sedikit pengalaman aku dalam mempelajari bahasa Arab.
Dalam hadis yang lain Umar r.a berkata, "pelajarilah bahasa arab dan ilmu waris kerana keduanya adalah sebahagian dari agamamu."
Hadis di atas menunjukkan kepentingan kita dalam mempelajari bahasa Arab dalam memahami agama Islam itu sendiri. Bagaimana kita hendak menghayati isi kandungan dalam al-Quran jika kita tidak memahaminya?? Hanya dengan menguasai bahasa arab, kita dapat mendalami intipati al-Quran, hadis-hadis nabi, zikir dan wirid dan yang terutama sekali adalah bacaan dalam solat yang dilakukan oleh kita umat Islam lima kali sehari. Kenyataannya sebahagian besar dari kita tidak memahami pengertian setiap bacaan dalam solat walaupun sudah berpuluh-puluh tahun mengamalkannya. Kegagalan inilah punca sebenar kepada kurang kusyuk beribadah serta salah satu punca keruntuhan akhlak remaja pada zaman teknologi ini.
Secara umumnya jika kita tahu teknik-teknik dan cara yang betul tidak mustahil kita dapat bertutur dan memahami bahasa syurga ini. Sama-samalah kita mempelajari bahasa yang indah ini.
Baca Selanjutnya "Bahasa Arab Adalah Bahasa Al-Quran"

Friday, April 22, 2011

Jaafar bin Abi Talib Mendapat Sayap Dari Syurga

Peserta Ketujuh: Zahidah Rustan
Tema: Tokoh-tokoh atau pahlawan islam.


Jaafar bin Abi Talib ni ialah sahabat nabi kita,Nabi Muhammad s.a.w . Jaafar ni dari kalangan Bani Hasyim . Dia ni seorang yang gagah dan sangat berani . Beliau famous dengan nama Abu Abdillah,selain itu dia juga digelar sebagai 'Abu Masakin' iaitu bapa orang miskin .


Jaafar bin Abi Talib ialah anak ketiga sama seperti saya :) hasil perkongsian antara Abi Talib dan Fatimah binti Asad. Dia ni adalah adik beradik Ali bin Abi Talib iaitu sepupu Nabi Muhammad s.a.w .


Beliau adalah panglima Islam yang turut terkorban semasa perang Mu'tah. Peristiwa pembunuhannya berlaku bila dia cuba menyelamatkan bendera Islam dalam dakapan dadanya selepas kedua-dua tangannya terputus kerana pedang musuh. Beliau telah mati syahid . Lihat kawan-kawan  , betapa sayangnya Jaafar kepada Islam , beliau sanggup menggadaikan nyawanya demi perjuangan Islam .


Nabi Muhammad pernah berkata, ' Allah menggantikan tangan Jaafar dengan sayap . Beliau dapat terbang mengelilingi syurga. '. Beliau amatlah famous dengan gelaran 'Thayyar' iaitu orang yang terbang seperti burung .


Jaafar bin Abi Talib ni seorang yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Semasa orang Islam berpindah ke Habsyah, mereka disoal oleh Raja Najasyi mengenai Islam . Lepastu Jaafar pun memberi penerangan dan prinsip tentang Islam dengan semangatnya . Finally, Raja Najasyi pun tertarik dengan penerangan itu . Rombongan orang Islam ke Habsyah tidak diganggu oeh orang najasyi bahkan disambut baik oleh Raja Najasyi sendiri . Hebatkan Jaafar ni :)


Pemergiaan Jaafar bin Abi Talib dalam perang Mu'tah beri kesan kepada keluarga dan orang Islam Madinah . Mereka semua berkabung atas kematian Jaafar dan panglima Islam yang lain termasuklah Zaid bin Harisah dan Abdullah bin Rawahah .


Peristiwa kematian Jaafar telah diketahui oleh Nabi Muhammad  . Nabi Muhammad pun bergegas kerumah 
Jaafar melihat isteri dan anak-anak beliau . Jaafar dikebumikan sebagai eorang yang mati syahid dalam menegakkan agama Islam .


 Kesedihan isteri dan anak-anak Jaafar turut dirasai oleh Nabi Muhammad , untuk menyenangkan hati keluarga itu , Nabi Muhammad menyuruh orang Islam yang lain bersedekah menyediakan makanan buat keluarga Jaafar .
kata Nabi Muhammad ' Buatkanlah makanan bagi keluarga Jaafar . Mereka dalam kesedihan'. Nabi Muhammad cuba menghilangkan rasa sedih keluarga itu . Beliau berkata ' Mulai hari ini kamu jangan menangis atas kematian Jaafar. Mari kemari anak Jaafar '.


Anak- anak Jaafar yang berdiri di hadapan Nabi Muhammad
segera mendapatkan beliau.Nabi Muhammad melihat anak-anak itu.Kemudian,beliau berkata , 'panggilkan tukang gunting rambut. Rambut anak-anak ini sudah panjang'.
Sesudah selesai tukang gunting rambut menjalankan tugasnya,Nabi Muhammad terus menggembirakan anak-anak Jaafar . Mereka bergurau senda bersama-sama .


Lepastu Nabi Muhammad berkata kepada anan-anak Jaafar ' Muhammad ini sama benar dengan bapa saudara kita iaitu Abi Talib . Abdullah pula sama tingkah lakunya dengan saya '
Kemudian, Nabi Muhammad berdoa kepada Allah sambil memegang tangan Abdullah , ' Ya Allah, lahirkanlah seorang pengganti kepada Jaafar bin Abi Talib bagi keluarganya . Berkatilah Abdullah bagi meneruskan kehidupan keluarga ini '. Isteri Jaafar memikul tanggungjawab besar bagi memelihara anak-anaknya itu . Beliau berasa bimbang mengenai masa depan anak-anaknya itu .


'Bagaimanakah kehidupan anak-anak saya selepas ini? Mereka tidak mempunyai ayah untuk bermanja dan tempat bergantung hidup.' ata isteri Jaafar dengan sayu. Kesiankan isteri dan anak-anak Jaafar ini .


Nabi Muhammad berkata dengan tegas , ' Saya wali mereka dunia dan akhirat . Janganlah kamu bimbang kemiskinan dan kesusahan yang ditanggung oleh mereka . Selagi saya hidup , masa depan mereka akan terjamin.


Lega hati isteri Jaafar seepas mendengar penjelasan Nabi Muhammad . Beliau meninggalkan mereka anak beranak dalam keadaan yang tenang dan gembira walupun Jaafar sudah meninggal dunia .
Baca Selanjutnya "Jaafar bin Abi Talib Mendapat Sayap Dari Syurga"

Wednesday, April 20, 2011

Makluman Tentang Penundaan Tarikh Tutup

Bismillah.
Dengan ini, pertandingan, musabaqah, atau contest ini telah dilanjutkan sehingga 14 Jun 2011.
Jadi, masih terlalu banyak masa untuk anda sertai.
Hadiah tidak perlu risau kerana semua berpeluang membawa pulang hadiah.
Apa lagi, ajak kawan-kawan sertai sekarang!
Harap maklum.
Baca Selanjutnya "Makluman Tentang Penundaan Tarikh Tutup"

Monday, April 18, 2011

Padang Mashyar & titian siratul mustaqim

Peserta keenam: Arif Anwar
Tema: Blog Medan Dakwah



Mahsyar (Bahasa Arabمحشر ) dalam Islam adalah tanah berpasir putih yang sangat luas dan datar, dimana tidak terlihat dataran rendah maupun tinggi di akhirat.Di Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapislangit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di padang mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Menurut ajaran Islam, manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah adalahMuhammad.




Yaumul Ba'ats (Hari Kebangkitan):


Keadaan manusia pada hari kebangkitan berbeda-beda sesuai dengan amal ibadahnya di dunia. Setelah fasa kebangkitan makhluk dari alam kubur, maka manusia dan makhluk lainnya akan memasuki fasa di Mahsyar, yang selanjutnya akan diberikan/ dihadapkan;




1.Ita al-Kitab sebuah catatan amal masing-masing yang diberikan tiap-tiap makhluk,
2.Mizan Kemudian akan dihadapkan sebuah neraca yang akan menimbang antara pahala dan dosa setiap makhluk.
3.Haudh (telaga) setiap nabi akan memiliki telaga ini. Menurut ajaran Islam, Muhammad memiliki telaga yang diberi nama Kautsar, namun hanyalah calon penduduk Surga yang dapat merasakan lazatnya air itu.




Selama hari yang sangat menyiksa itu, Muhammad akan memberikan pertolongan untuk seluruh makhluk yang disebut sebagai Syafa'at Uzma, ia akan memohon kepada Allah supaya secepatnya diadakan hisab.




Keadaan Mahsyar

Matahari akan padam sehingga bumi dalam kegelapan. Takala mereka dalam keadaan demikian, langit diatas mereka berputar-putar dan meledak pecah berkeping-keping selama 500 tahun sehingga langit terbelah dengan segala kekuatannya kemudian meleleh dan mengalir bagaikan perak yg dipanaskan hingga berwarna merah dan manusia bercampur baur sepertiserangga yg bertebaran dalam keadaan telanjang kaki, tidak berpakaian dan berjalan kaki.
Kemudian matahari diterbitkan oleh Allah, tepat diatas kepala dengan jarak hanya 2 busur, sehingga manusia terpanggang oleh teriknya matahari yang intensitas panasnya telah dinaikkan dan keringat pun mengalir deras, menggenangi padang mahsyar seiring dengan rasa takut yang luar biasa karena mereka akan dihadirkan dihadapan Allah.
Kemudian keringat tersebut naik ke badan mereka, sesuai dengan tingkatan mereka dihadapan Allah. Bagi sebagian orang keringat akan menggenang mencapai lutut, bagi sebagian lain mencapai pinggang dan bagi sebagian lainnya mencapai lubang hidung bahkan ada sebagian manusia nyaris tenggelam di dalamnya.
Umat Islam datang dalam berkelompok:
Pada masa ini umat Islam datang secara berkelompok, berdasarkan surahAn-Naba' ayat 18 dan hadits shahih. Muhammad bersabda, "Wahai Muadz, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu yang sangat besar. Ada 12 kelompok umatku akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka semuanya itu Allah Maha Kuasa tukarkan, tidak seperti mereka hidup ketika didunia." Golongan itu adalah seperti berikut:
Kelompok Pertama:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan tanpa tangan dan berkaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia dulu suka mengganggu tetangganya.
Kelompok Kedua:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan berupa babi hutan. Mereka adalah orang yang ketika hidupnya meringankan malas dan lalai dalam shalat.
Kelompok Ketiga:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan keledai, mereka Sedangkan perut membesar seperti gunung dan di dalamnya penuh dengan ular dankalajengking. Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat.
Kelompok Keempat:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan darah memancut keluar dari mulutmereka. Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli.
Kelompok Kelima:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan berbau busuk lebih daripada bangkai. Mereka ini adalah orang yang melakukan maksiat sembunyi-sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
Kelompok Keenam:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan leher mereka terputus. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu.
Kelompok Ketujuh:
Dibangkitkan dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah serta darah. Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran.
Kelompok Kelapan:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan terbalik yaitu kepala kebawah dan kaki keatas, serta farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air. Mereka adalah orang yang berbuat zina dan mati tanpa sempat bertaubat.
Kelompok Kesembilan:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah hitam gelap dan bermata biru serta perutnya dipenuhi api. Mereka itu adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara zalim.
Kelompok Kesepuluh:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan tubuh mereka penuh dengan sopakdan kusta. Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya.
Kelompok Kesebelas:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut. Perutnya pula menggelebeh hingga ke paha dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak.
Kelompok kedua belas:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah yang bersinar-sinar bercahaya laksana bulan purnama. Mereka melalui titian siratul mustaqim seperti kilat yang menyambar. Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik, selalu menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara shalat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat dan mendapat ampunan, kasih sayang dan keridhaan Allah.
Pada hari kebangkitan ini manusia akan dibangkitkan dalam 3 kelompok, yaitu:
Kelompok yang berkenderaan,
Kelompok yang berjalan kaki,
Kelompok yang berjalan dengan wajahnya.
Ada salah seorang sahabat yang menanyakan, bagaimana boleh sekelompok tersebut berjalan dengan wajahnya, kemudian Muhammadmenjawab "Allah yg menjadikan mereka berjalan dengan kaki, pasti mampu membuat mereka berjalan dengan wajah."
Barisan di Mahsyar
Di padang mashyar nanti bendera-bendera dipasang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan di bawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh :
1.Bendera Liwaus Shidqi (Kebenaran) dikibarkan oleh Abu Bakar Al-Shiddiqbagi semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera tersebut.
2.Bendera Fuwaha' untuk Mu'adz bin Jabal bagi semua orang yang alim fiqih akan berada dan berbaris di bawah bendera panji-panji ini.
3.Bendera Zuhud untuk Abu Dzar Al-Ghiffari bagi semua manusia yang menjiwai dan membudi daya dengan zuhud akan berada di bawah bendera ini.
4.Bendera Dermawan untuk Utsman bin Affan bagi para dermawan akan berada di bawahnya.
5.Bendera Syuhada untuk Ali bin Abi Thalib bagi setiap orang yang mati syahid sama berbaris di bawah bendera ini.
6.Bendera Qurra' untuk Ubay bin Ka'ab bagi para qari' sama berbaris di bawah bendera panji-panji ini.
7.Bendera Mu'adzin untuk Bilal bin Rabah bagi para mu'adzin akan berada pada barisan di bawah bendera ini.
8.Bendera orang-orang yang dibunuh dengan aniaya untuk Husain bin Alibagi orang-orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.

Tujuh orang yang mendapatkan naungan
Di Mahsyar dengan suhu yang sangat panas di hari hisab, tentulah para manusia menjadi bingung dan panik ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia akan berkata: "Ke mana tempat lari?".
Dalam Al-Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Qiyamah: 10-11:
"Pada hari itu manusia berkata: "Kemana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" Tetapi dengan kehendak Allah akan terdapat beberapa orang yang mendapatkan naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah dan naungannya. Ada tujuh orang yang akan mendapatkan naungan dari Allah dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya ialah :
1.Penguasa/ pemimpin yang adil.
2.Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.
3.Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.
4.Dua orang yang saling cinta-mencintai karena Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.
5.Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".
6.Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu (ertinya dia bersedekah dan tidak menceritakan sedekahnya itu kepada orang lain).
7.Seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi, sehingga kedua matanya mencucurkan air mata."

SIRATUL MUSTAQIM
Al Shirath (Bahasa Arab الصراط) adalah jambatan/ titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri. Setelah melewati masa di Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan shirath bagi mereka di atas Jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai dengan kadar keimanan mereka. Orang yang pertama kali melewatinya adalah Muhammad, kemudian Muhammad berdiri di tepi shirath seraya berdoa, “Rabbi, selamatkan, selamatkan!” [3] Jika ada umat-Nya yang pernah menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar dan belum bertaubat sebelum kematiannya, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.
Adapun orang-orang kafir dengan berbagai jenisnya, musyrikin, penyembahberhala, atheis dan yang lainnya, mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu Jahannam bagi mereka.
Sesuai dengan surah Az Zumar: 71,

Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya.(Az Zumar): 71)

dan Surat Al Hijr: 44,

Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.(Al Hijr: 44)
Jambatan yang menghubungkan Mahsyar dengan Surga, menurut keterangan sahabat Abu Said, "Jambatan ini lebih kecil dari rambut dan lebih tajam dari pedang."[4] Muhammad pernah bersabda: "Sesungguhnya Allahtelah menciptakan Shirath yang berada diatas neraka, yaitu jembatan yang terletak ditengah-tengah neraka Jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai 7 gardu (pos), yang setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa tanjakan yang tinggi, seribu tahun berupa dataran, dan seribu tahun berupa lereng yang curam. Dia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam dari pada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap gardu mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang ujungnya tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah.
Pertanyaan di setiap pos:
Selama perjalanan di shirath, setiap seorang hamba akan ditanyakan tentang apa saja yang telah ia kerjakan selama hidupnya. Pertanyaan disetiap pos adalah sebagai berikut:
1.Pos pertama iman,
2.Pos kedua sholat,
3.Pos ketiga zakat,
4.Pos keempat puasa,
5.Pos kelima haji dan umroh,
6.Pos keenam wudhu' dan mandi junub,
7.Pos ketujuh tentang sikap terhadap kedua orang tua, menyambung tali persaudaraan dan penganiayaan terhadap sesama makhluk hidup.
Jika seorang hamba lolos dari semua pertanyaan-pertanyaan ini, maka tetaplah ia pada pos dan jika tidak, maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka.
Dalam suatu riwayat diceritakan: Sesungguhnya ketika manusia melewati jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki mereka, ada yang berada di atas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka. Allah berfirman dalam Surah Maryam:

Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zhalim didalam neraka dalam keadaan berlutut." (Qs. Maryam 71-72).

Sedangkan api neraka itu selalu memakan tubuhnya, mulai dari kulit sampaidagingnya, sehingga orang yang lewat diatas jembatan itu bagaikan arangyang hitam, kecuali orang-orang yang selamat dari api neraka. Sebagian mereka ada yang melewati neraka tanpa disertai rasa takut terhadap apapun dari kesulitan dan tidak pula merasakan panasnya, hingga ia berkata pada akhir perjalanannya: "Di manakah jembatan itu ?" Lalu dikatakan kepadanya: "Telah engkau lalui jambatan itu tanpa kesusahan berkat rahmat Allah."
Sepuluh kumpulan manusia di Shirath:
Manusia yang pertama kali menginjakkan kakinya di Shirath adalahMuhammad, dia akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya. Kumpulannya terbagi menjadi 10 bagian, yaitu:
1.Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
2.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.
3.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
4.Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.
5.Kumpulan yang kelima berlari.
6.Kumpulan keenam berjalan.
7.Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Muhammad berhenti di atas Shirath. Setiap kali, Muhammad melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Shirath, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
8.Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad!" Muhammad kemudian berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"!
Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Shirath, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.
Dikatakan bahwa, di pintu surga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira hanya Allah saja yang mengetahui. Di atasnya ada anak-anak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka belum baligh (dewasa). Apabila mereka melihat orang tua mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki surga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.
Baca Selanjutnya "Padang Mashyar & titian siratul mustaqim"

Sunday, March 27, 2011

Aku Seorang Guru

Peserta kelima: Norazah binti Abdullah.
Tema: Generasi Masa Hadapan



Pejam celik pejam celik sudah hampir 4 tahun lebih saya telah berjaya memegang status sebagai seorang guru. Walaupun suatu ketika dulu, kerjaya guru ini merupakan pilihan saya yang kedua, tetapi ternyata saya telah jatuh cinta sentuhan pertama sebaik sahaja saya melibatkan diri dalam bidang ini. Azam saya cuma satu, untuk membantu membentuk generasi muda yang gemilang, terbilang dan berbilang-bilang hebatnya. 

Tapi mendidik anak-anak muda sekarang tak sama seperti di zaman kita dulu. Anak-anak sekarang adalah anak-anak cyber. Semua di hujung jari. Apa yang mereka kehendaki, semua boleh dapat. Petik jari jer, everything at fingertips.

Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, kalau cikgu bagi kerja sekolah, kami akan sedaya upaya akan buat sebab takut cikgu marah! Takut cikgu denda !
Tapi anak-anak cyber sekarang bila tak siapkan kerja sekolah, relaks sahaja, Tiada perasaan takut pada cikgu. Bila ditanya kenapa tak siapkan kerja rumah,  alasan mudah diberikan.
" Saya tak sempat buat la cikgu "
"Saya terlupa cikgu"


Bila cikgu denda, mereka akan marah. Riak muka yang agak kurang ajar. Tapi cikgu nak pukul pun tak berani sebab kalau salah pukul, cikgu pula yang keluar surat khabar muka hadapan. Dituduh mendera pelajar sendiri. Belum lagi kisah guru diserang oleh ibu bapa pelajar terbabit. Silap-silap haribulan cikgu kena simbah dengan asid! Kalau zaman kita dulu, pelajar-pelajar terlalu hormatkan guru. Bukan setakat pelajar-pelajar tetapi ibubapa pun memandang mulia kerjaya seorang guru ! Kalau ada anak-anak mereka mengadu dimarah oleh guru, nescaya anak-anak yang kena pukul oleh mak ayah. Betapa tingginya martabat seorang guru suatu masa dahulu.


Pernah suatu hari, terdapat beberapa orang pelajar saya datang lewat ke kelas. Bukan lewat 10 minit tapi setengah jam. Saya memang pantang kalau pelajar datang lewat, sebab saya sendiri akan masuk tepat pada masanya kecuali kalau saya adahal kecemasan.
Guru : " Kenapa awak datang lambat"
Pelajar :" Kami bangun lambat cikgu"
Guru : " Bangun lambat ? Pukul berapa?"
Pelajar : " 8.30 pagi "
Guru :" Awak sembahyang subuh ke tak?"
Pelajar:" Tidak"


Terdiam saya mendengar! Tanpa ada sedikit pun perasaan malu, mereka kata tak sembahyang subuh di depan saya dan semua pelajar-pelajar lain. Macammana mereka nak datang kelas saya awal padahal kewajipan dengan Allah pun mereka abaikan.
Saya tanya semua pelajar dalam kelas siapa yang tak sembahyang subuh pagi tadi?
Tahu tak apa jawapan mereka ?
Dari 22 orang pelajar saya, 21 orang angkat tangan, tak sembahyang subuh !
Cuma seorang sahaja yang sembahyang subuh!
Tengoklah generasi zaman sekarang. Solat dipandang ringan. Inilah generasi muda zaman sekarang. Dan untuk pengetahuan semua 21 orang dari 22 orang pelajar saya adalah semua LELAKI. Lelaki yang bakal menjadi pemimpin. Mungkin pemimpin negara atau kalau bukan pemimpin negara, pasti mereka akan jadi pemimpin keluarga.


Itu baru pelajar lelaki, belum lagi pelajar wanita. Kalau di mana-mana institusi, pelajar perempuan jarang mendatangkan masalah disiplin. Acapkali pelajar perempuan akan datang ke kelas awal. Malah setiap tugasan atau assignment yang diberikan pasti disiapkan tepat pada masanya dan hasilnya sangat tip-top. Tetapi bukan bermaksud mereka tidak pernah buat hal ! Mereka diam-diam berisi.


 Pernah suatu masa dulu, Institusi kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Stesen Janakuasa Elektrik di Paka, Terengganu. Sehari sebelum lawatan, kami telah mengadakan perjumpaan bersama-sama pelajar untuk memberikan taklimat ringkas mengenai lawatan tersebut. Ketika sesi taklimat berlangsung, tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan mengangkat tangan.
" Puan, saya ada soalan nak tanya?"
" Ye, apa soalan awak?" tanya sahabat saya
"Esok saya taknak pakai tudung! Boleh tak?" tanya pelajar tersebut.
Sahabat saya yang agak terkejut dengan pertanyaan pelajar tersebut terus menjawab
" Awak ingat awak Siti Nurhaliza ke, tak nak pakai tudung! Awak ingat kat Kolej saja ke yang ada Tuhan ! Semua wajib pakai tudung", tegas sahabat saya.
Saya lihat muka pelajar tersebut seperti tidak puas hati.  Kami guru-guru semua geleng kepala. Budak-budak akhir zaman ni pakai tudung disebabkan peraturan kolej. Kolej mewajibkan semua pelajar Muslim memakai  tudung. Tiada yang berkecuali ! Kalau tak wajib, saya jamin majoriti tak pakai tudung.


Teringat satu kisah yang ingin saya kongsikan bersama dengan semua pembaca mengenai pelajar kami. Kisah ni berlaku pada bulan ramadhan tahun lepas bersamaan Hari Jumaat. Cumanya saya tak ingat berapa haribulan. Tapi yang pastinya bulan Ramadhan dan hari Jumaat. Kami mendapat aduan dari seorang pelajar lelaki yang mengatakan ada seorang pelajar perempuan masuk ke dalam rumah mereka dan tidur di bilik salah seorang rakan mereka. Bukan baru masuk beberapa jam, tapi sudah semalaman! Jadi, beberapa orang guru lelaki telah pergi menerjah ke rumah tersebut! Apa yang mereka nampak ? Pasangan lelaki dan perempuan a.k.a belangkas tersebut berada dalam satu selimut di waktu tengahari ! Yang paling menyedihkan mereka melakukan maksiat pada bulan Ramadhan ! Bulan suci. Bulan yang dinantikan oleh orang-orang beriman. Bulan mulia, bulan yang Allah turunkan rahmat dan semua syaitan diikat. Bukan itu sahaja, mereka melakukan maksiat pada hari jumaat. Hari Jumat, penghulu segala hari. Hari Nabi Adam dijadikan.! Kami hubungi mak ayah keluarga pelajar perempuan dan lelaki tersebut. Tapi apa yang menyedihkan kami, ibu pelajar perempuan tersebut seperti endah tidak endah. Dan dia meminta kami untuk melepaskan anaknya dan memohon agar kami tidak membawa kes ini ke peringkat yang lebih atas iaitu JAINS. Dengan selamba dia kata anak dia selalu ditangkap kerana terlibat dalam kes-kes seperti itu. Kami cuma terdiam. Kalau macam ni generasi muda sekarang, apa akan jadi pada pemimpin kita pada masa akan datang.  Mungkin ini lah yang dikatakan sebagai umat akhir zaman. Macammana kita hendak membentuk generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang kalau sekiranya ibubapa pun tidak memberi kerjasama yang sepatutnya. Dan sebagai guru kami sangat kecewa dengan tindakan ibupada pelajar terbabit dan yang paling menyedihkan, beliau menyalahkan kami. Katanya  kami yang tanggungjawab. Kami sepatutnya menjaga anak dia. Senangnya ibubapa zaman milenium melepaskan tanggungjawab pada seorang guru. Bukan mudah untuk kami, guru-guru yang hanya beberapa kerat untuk mengawal beratus-ratus pelajar.


Sebagai guru
 kami tidak minta dipuja
kami juga tidak minta untuk dipuji
kami juga tidak minta disanjung-sanjung
yang kami minta hanyalah
supaya anak-anak didik kami berjaya dunia & akhirat
supaya anak-anak didik kami menjadi manusia berguna
supaya anak-anak didik kami ingat pada Allah
supaya anak-anak didik kami menjadi insan yang cemerlang


kejayaan pelajar kami bermakna kejayaan kami !
Baca Selanjutnya "Aku Seorang Guru"

Friday, March 25, 2011

Ingin Jadi Hebat Seperti Ayah

Peserta keempat: Md Khairul Mukhlis bin Jusih
Tema:Kemiskinan/ kesusahan



Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menyeronokkan dalam hidup ini, tapi lain pula dengan cerita krole~ sejak dari kecil lagi krole telah dididik oleh ayah dan ibu untuk berdikari diatas muka bumi ini yang setiap harinya penuh dengan cubaan dan dugaan daripada yang Maha Esa. Sewaktu zaman kanak-kanak krole, ayah berkerja sebagai pemunggah barang kargo dipelabuhan kota kinabalu membuatkan ayah jarang ada dirumah. Kadang-kadang dalam seminggu ayah hanya dapat balik sehari sahaja dan kemudian terpaksa pergi ke kota kinabalu untuk mencari rezeki. Waktu itu gaji ayah hanya Rm200 sahaja sebulan, walaupun tidak banyak tapi alhamdulillah lepas juga untuk membeli makanan kami sekeluarga. Krole selalu menangis bila ayah terpaksa pergi ke kota kinabalu untuk mencari rezeki, tapi ayah selalu berjaya memujuk krole dengan menyatakan bahawa krole anak lelaki maka kena kental jiwa dan raga. Krole amat menyayangi ayah, pernah sekali ayah membawa krole berjalan-jalan ke pasar malam, waktu itu seronok sangat sampai sekarang krole tak boleh lupa mana taknya seronok? bukan selalu dapat keluar dengan ayah kerana ayah selalu sibuk merantau mencari rezeki.

Sewaktu dipasar malam itu, terdapat peristiwa yang amat krole kesali sampai kehari ini... biasalah budak-budak bila dah tengok mainan mesti nak minta beli kan? begitulah yang jadi pada malam itu, krole ternampak sebuah mainan (kereta bomba) yang dijual oleh peniaga dipasar malam tersebut, krole pun apa lagi terus menarik tangan ayah dan meminta ayah belikan mainan tersebut. Tapi ayah tidak menurut permintaan krole waktu itu dengan menyatakan bahawa mainan tersebut tidak tahan dan tak cantik, terus menangis krole... korang bayangkanlah budak kecil menangis, hah!!! macam itulah krole waktu itu, tetapi seperti biasa ayah berjaya memujuk krole dengan mengatakan bahawa dibandar (kota kinabalu) ada lagi mainan yang lagi cantik dan menarik dan ayah menjanjikan untuk membelikan sebuah untuk krole yang sampai sekarang ini ayah tak beli pun, rupa-rupanya waktu itu ayah memang tak mampu untuk membelikan mainan tersebut, maafkan krole ayah. Kalaulah krole tahu waktu itu takkan sekali krole minta beli mainan tersebut, namun ayah tetap bersabar dengan karenah krole. Sekali lagi maafkan krole ayah~

Alhamdulillah, disebabkan nekad ayah ingin merubah nasib keluarga ayah menyambungkan pelajarannya diSekolah Menengah Toh Puan Hajah Rahmah diKota Kinabalu dan alhamdulillah ayah lulus dengan cemerlang, sewaktu ayah menyambungkan pelajarannya krole sudah memasuki sekolah tadika yang terletak dikampung krole sendiri. Sewaktu ayah menyambungkan pelajarannya ayah berkerja sambilan dikedai-kedai runcit yang terletak berhampiran dengan sekolahnya iaitu kawasan sembulan. Krole sayang ayah walaupun sibuk dengan pelajarannya namun keluarga tak pernah sekali dilupakannya. Bagi mengurangkan beban ayah, ibu berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual stokin dan pakaian kanak-kanak dipasar raya atau lebih dikenali sebagai tamu, rutin krole dengan adik beradik krole pada hari sabtu dan ahad adalah membantu ibu menjual dipasar tani, kadang-kadang itu terasa cemburu sangat melihat kanak-kanak lain yang gembira berjalan dengan kedua ibu bapa mereka namun krole sentiasa berpegang kepada nasihat ayah, berusahalah bersungguh-sungguh insyallah kebahagian akan menanti dimasa hadapan. Terima kasih ayah dan ibu, krole hargai sangat dengan pengorbanan anda.

Dipendekkan cerita selepas tamat pengajian ayah berkerja sebagai ustaz kafa dikampung kami, dan tidak lama selepas itu ayah dapat menyambungkan pelajaran dimaktab perguruan dan lulus dengan cemerlang. Kemudian ayah berjaya mendapat jawatan sebagai ustaz disekolah agama pekan beaufort. Setelah lama berkhidmat ayah dinaikkan pangkat menjadi guru besar disekolah tersebut dan tidak lama selepas itu ayah dinaikkan pangkat lagi menjadi penyelia JHAEINS (jabatan hal ehwal islam negeri sabah),dan mungkin diatas pengalaman ayah merantau dahulu ayah berjaya membuka sebuah syarikat kontraktor yang dijaga oleh abang sulung krole sampai kehari ini, manakala ibu pula sekarang ini masih lagi berniaga, hihihi... mungkin ibu terlampau minat dalam bidang ini dan alhamdulillah sekarang ibu berjaya membuka cawangan/kedai menjual barangan-barangan untuk menunaikan haji, boleh kata macam-macam ada! dan yang seronoknya perniagaan ibu ada kerja sama dengan tabung haji, maka dapat pendapatan lebih!. Alhamdulillah walaupun tak mewah tapi atas rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T keluarga dapat hidup dalam keadaan yang sederhana sekarang alhamdulillah~ Maafkan krole kerana meringkaskan cerita ini, terlampau banyak krole tak cerita lagi, tapi krole rasa dengan cerita diatas kita boleh mengambil ikhtibar ya~ "berusahalah bersungguh-sungguh dalam tiap apa yang anda buat, walau apa sekalipun orang kata jangan mengalah, kerana rezeki bukan datang dari mereka ianya datang daripadaNya". Insyallah~amin.
Baca Selanjutnya "Ingin Jadi Hebat Seperti Ayah"

Monday, March 21, 2011

Teman Saya Muallaf

Peserta Ketiga: Nurul Farhana Jualis
Tema: Kisah Saudara Baru/Muallaf


Teman Saya Muallaf


Pertama kali bertemu dan berkenalan dengan sahabat saya, saya rasa sangat pelik sebab namanya begitu unik.. Celenrence Binti bandari. Apa yang anda akan fikir mengenai namanya itu? Dia seorang muslimah dan bertudung labuh menutup dada.. tapi kenapa pelik semacam namanya tu kan?


Risik punya risik rupanya muallaf.. tapi kasihan juga sebab bibi (panggilan manja) tidak dapat tukar namanya itu di JPN. Saya tidak pasti di mana silapnya sebab menurut bibi adik-beradiknya yang lain boleh menukar nama Islam mereka di dalam kad pengenalan. Akibatnya bibi masih menggunakan nama kristiannya sehingga kini untuk pelbagai urusan..


Sebetulnya sebelum ini mereka sekeluarga adalah penganut agama kristian.. tapi semasa dia berumur 9 tahun, mereka berjaya memeluk agama Islam. Berkat ajakan dari pakcik katanya. Boleh dikatakan pada waktu itu keluarga bibi antara yang terawal masuk Islam, keluarganya yang lain masih juga dengan agama asal. Bahkan apabila tiba hari raya aidilfitri, mereka sambut sesama mereka sahaja. Tidak ada ziarah ke rumah lain sebab perbezaan agama itu. Malahan katanya, dia berpengalaman masuk ke gereja dan mengikuti majlis yang diadakan di dalamnya ketika masih kristian.


Tapi kini, apabila tiba hari raya bibi kata orang-orang kampungnya yang beragama kristian akan datang ke rumah mereka pula. Elok juga macam tu kan, erat silaturrahim. Sehingga kini, bibi sudah berusia 23 tahun alhamdulillah menjadi seorang muslimah yang baik dan berjaya melanjutkan pengajian dan menempatkan diri di Fakulti Kontemporari Islam UniSZA.


Okey, itu kisah teman saya bibi. Ini pula kisah teman saya si suel.. hehe. Ndapa bah kan suel aku tulis kisah kau sikit sini..:)...

Tapi suel saya bukan muallaf.. jangan silap faham pula. Yang muallaf adalah mak dan ayahnya.. menurut suel, sebelum berkahwin ayah dan maknya adalah beragama kristian. Tapi apabila mahu berkahwin, mereka sama-sama memeluk agama Islam dan hasilnya adik-beradik suel semua adalah Islam. Unik kan, biasa salah seorang sahaja yang memeluk Islam tapi yang ini kedua-duanya.


Namun bukan itu isunya.. semasa ke majlis perkahwinan kakaknya tempoh hari bersama Ustaz Aziz (penyelia LI), ustaz menyuarakan kekagumannya. Beliau kata, 'bagus kan, mak dan ayahnya asal dari agama lain tapi berjaya didik anak belajar dalam bidang agama sehingga bakal menjadi ustazah. Sedangkan yang lahir dari ibu bapa muslim, belum tentu anaknya menjadi begitu'..(suel, ini harus jadi sumber inspirasimu.. hehe). Sabda Rasulullah SAW:


‏كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا‏ ‏جَدْعَاءَ


“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi yahudi, nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Memang betul apa yang ustaz katakan.. kalau kita lihat, golongan muallaf ini kadang lebih 'muslim' berbanding yang memang muslim. Di mana silap kita? Malah lebih menyedihkan apabila orang Islam sendiri ada yang tidak solat dan tidak tahu membaca al-Quran.. astaghfirullah al- azim. Berdasarkan kisah ini dan kisah-kisah sekeliling kita, bersamalah kita ambil iktibar dan berusaha membaiki diri. Aggaplah ini sebagai cabaran buat kita. Kita semua adalah da'ie kan, insyaAllah.


Apa pun, saya datangkan kisah teman-teman saya bukan untuk mengaibkan mereka atau dengan niat buruk. Tapi untuk dijadikan pengajaran.. tidak seronok rasanya kalau sekadar cerita yang direka-reka. Syukran jazilan kepada bibi sebab izinkan kisahnya saya kongsikan walaupun sedikit cuma.. :)
Baca Selanjutnya "Teman Saya Muallaf"

LinkWithin

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP